BERKECAI
PESAWAT kargo McDonell
Douglas MD-11 milik FedEx musnah semasa mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa, Narita, Jepun, semalam. – AFPDUA pesawat terhempas berlaku dalam tempoh 24 jam semalam di Amerika Syarikat dan Jepun mengakibatkan 19 orang maut.
Dalam tempoh itu juga, sebuah pesawat Ukraine tergelincir dari
landasan di Turki, manakala di Batam, Indonesia, sebuah pesawat membawa
122 penumpang terpaksa mendarat cemas selepas mengalami kerosakan
enjin. Bagaimanapun, kesemua penumpang kedua-dua pesawat itu selamat.